Chelsea catat kemenangan pertama

Chelsea catat kemenangan pertama

CHELSEA mencatat kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea mempamer prestasi cemerlang di Stamford Bridge apabila membenam AC Milan 3-0 untuk melakar kemenangan pertama dalam  Liga Juara-Juara musim ini.

Tiga mata yang diraih membolehkan Blues naik ke tangga kedua Kumpulan E dengan empat mata, satu mata di belakang pendahulu, RB Salzburg yang menumpaskan Dinamo Zagreb 1-0.

Milan di tangga ketiga, juga dengan empat mata tetapi dipisahkan oleh perbezaan gol di belakang Chelsea.

Blues mendahului pada minit ke-24 menerusi rembatan jarak dekat Wesley Fofana untuk gol pertamanya bersama kelab.

Bagaimanapun, pertahanan tengah Perancis itu terpaksa dikeluarkan tidak lama kemudian kerana kecederaan lutut.

Skuad Rossoneri memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada waktu kecederaan babak pertama tetapi rembatan jarak dekat Rade Krunic melepasi palang.

Chelsea mempamer permainan lebih baik pada separuh masa kedua, dan meledak gol kedua pada minit ke-56 apabila hantaran lintang rendah Reece James dari garisan tepi kanan disambar oleh Pierre-Emerick Aubameyang.

Lima minit berselang, James sendiri  mencetak nama sebagai diri penjaring apabila bek kanan itu melakukan rembatan kencang dari dalam kotak penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya