Carrick kini bimbing Middlesbrough

Carrick kini bimbing Middlesbrough

MICHAEL CARRICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kelab Liga kejuaraan, Middlesbrough hari ini mengumumkan pelantikan bekas bintang Manchester United, Michael Carrick dilantik sebagai ketua jurulatih mereka.

Carrick, 41, yang beraksi di posisi tengah ketika zamannya sebagai pemain menggantikan Chris Wilder yang dipecat pada awal bulan ini.

“Kelab dengan sukacita mengumumkan pelantikan Michael Carrick sebagai ketua jurulatih.

“Michael membawa banyak pengalaman selepas 12 tahun bermain di Manchester United sebelum menjadi jurulatih serta pengurus sementara di Old Trafford,” kata Middlesbrough dalam satu kenyataan.

Pelantikan Carrick bermakna dia kembali ke kelab pertama ketika memulakan karier sebagai pemain bola sepak senior.

Middlesbrough kini menduduki tempat ke-21 liga, satu mata di atas zon penyingkiran selepas seri tanpa jaringan dalam pertarungan kelab bawahan menentang Huddersfield. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN