Bos Gaurus 80 peratus berwajah baharu

Bos Gaurus 80 peratus berwajah baharu

LIM Teong Kim bakal merubah ‘wajah’ Perak FC musim depan dengan menukar 80 peratus pemain untuk memberi cabaran serius dalam Liga M.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selepas mengharungi kempen ‘mengerikan’ dalam Liga Perdana tahun ini, Perak FC bersedia memberi cabaran lebih hebat pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 apabila melakukan perubahan 80 peratus.

Ramai muka baharu dijangka mengambil alih tempat dalam pasukan The Bos Gaurus kendalian Lim Teong Kim.

Menurut sumber kelab, Teong Kim sedang menapis pemain dalam beberapa siri ujian sebelum menamakan senarai akhir pasukan Kejor Yob Kejor.

“Saya jangka berlaku perubahan kira-kira 80 peratus dalam pasukan Perak tahun hadapan.

“Kontrak ramai pemain terutama yang mengalami kece­deraan tidak akan diperbaharui.

“Ramai yang tidak menjalani latihan bersama pasukan dan pada masa sama muka ­baharu kelihatan di padang.

“Mereka akan diuji dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang sudah diatur,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu yakin jurulatih Teong Kim sudah punyai senarai pemain dalam kepalanya dan hanya menunggu masa untuk mendedahkan mereka kepada umum.

“Pemain masih ada kontrak sehingga hujung November, jadi mereka masih menjadi pemain Perak sehingga 30 November,” katanya.

Hanya menang lima daripada 18 perlawanan mereka musim ini meletakkan Bos Gaurus terjerumus ke kedudukan kedua tercorot Liga Perdana.

Isu gaji dan kewangan antara punca kemerosotan prestasi Perak FC yang terpaksa menggunakan tenaga tempatan sepenuhnya dalam sebahagian besar musim tetapi selepas bertukar pemilik serta jurulatih, mereka dijangka kembali menjadi pencabar utama Liga M.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya