Bawa saya ke Piala Dunia – Maddison

Bawa saya ke Piala Dunia – Maddison

JAMES MADDISON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: James Maddison percaya dia boleh memberi impak buat England dalam Piala Dunia 2022 jika diberi kepercayaan oleh pengurus, Gareth Southgate selepas membantu Leicester City membelasah Nottingham Forest 4-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris semalam.

Biarpun muncul pemain England kedua selepas Harry Kane meledak gol terbanyak, namun bintang tengah berusia 25 tahun itu hanya membuat satu penampilan bersama Three ­Lions pada 2019.

Maddison menjaringkan dua gol ketika menentang Forest semalam, termasuk sepakan percuma cantik, selain mencipta gerakan untuk gol keempat ­Patson Daka.

Biarpun Leicester bergelut musim ini, Maddison bermain di tahap tinggi dan berharap ­dapat meraih kepercayaan Southgate untuk dibawa ke Piala Dunia di Qatar yang membuka tirai pada 20 November.

JAMES Maddison meledak dua gol ketika membantu Leicester membenam Nottingham Forest 4-0 semalam.

“Ia situasi yang pelik buat saya. Kami berada di tangga kedua tercorot (Liga Perdana) tetapi saya bermain pada keya­kinan tertinggi.

“Saya berada pada tahap terbaik sejak 12 bulan lalu, dan menjadi cita-cita serta matlamat saya beraksi untuk England.

“Peluang bermain di tahap itu sesuatu yang saya inginkan dan saya tahu saya boleh ­memberi impak dan berharap diberi peluang.

“Saya tahu ada pemain ­terbaik di bahagian hadapan tetapi saya mempunyai keyakinan bahawa saya juga berada di tahap yang tinggi untuk menyertai mereka,” katanya kepada Sky Sports.

Maddison yang pernah ­di­intai Liverpool meledak 26 gol musim lalu.

Daripada jumlah tersebut, 17 gol hadir dalam Liga Perdana, malah dia turut melakukan sembilan gerakan jaringan.

Dia adalah pemain England kedua ­selepas Kane (34 gol) meledak jaringan yang tinggi bersama kelab tetapi pemain itu ­sering diabaikan oleh pengendali England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.