Aiman sambar Raja Bukit selepas peringkat kedua LTdL 2022

Aiman sambar Raja Bukit selepas peringkat kedua LTdL 2022

NUR Aiman Zhariff meraikan kejayaan menyambar jersi merah selaku Raja Bukit selepas tamat peringkat kedua LTdL 2022 hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Pelumba negara, Nur Aiman Zhariff mengotakan janjinya apabila menyambar jersi merah, Raja Bukit selepas menamatkan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dari Kuala Klawang ke Raub, sebentar tadi.

Aiman berjaya merampas jersi tersebut daripada rakan sepasukannya, Saibanyar Jambaljats sepanjang dua zon pendakian yang ditawarkan iaitu di Petaseh dan Bukit Damar untuk mengutip keseluruhan 17 mata.

Pada peringkat pertama semalam, pelumba Terengganu Polygon Cycling (TSG) itu turut memberikan tentangan sengit kepada Jambaljats namun tersilap langkah menyaksikan dia berputih mata untuk menyarung jersi berkenaan lebih awal.

“Ahamdulillah memang saya sasar untuk menang jersi merah dari semalam lagi. Cuma semalam ada melakukan kesilapan.

“Saya baiki kesilapan itu dan berjaya merampasnya semula, kerana itu sasaran saya untuk edisi tahun ini. InsyaAllah saya cuba mempertahankannya sehingga tamat edisi,” kata pelumba kelahiran Terengganu itu.

Kata Aiman, 25, dia turun pada edisi ke-26 perlumbaan dengan misi mempertahankan gelaran Raja Bukit yang dimenangi dalam LTdL 2020 ketika berlumba bersama pasukan Sapura.– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya