Adik ikut jejak abang

Adik ikut jejak abang

SKUAD Malaysia B-16 berharap untuk melakukan persiapan lebih rapi di Arab atau Jepun dalam persiapan menghadapi Piala Asia B-17 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan mara ke Piala Asia B17 menyaksikan skuad Bawah 16 tahun negara (B-16) mengikut jejak langkah pasukan Harimau Malaya yang menamatkan kemarau 43 tahun untuk mara ke Piala Asia.

Kejayaan skuad Harimau Muda di bawah bimbingan Osmera Omaro kali ini dianggap paling cemerlang selepas gagal melunaskan impian dalam empat penampilan sebelum ini.

Pencapaian terbaik skuad B-16 sebelum ini adalah pada kejohanan Piala Asia B-17, 2014 yang diadakan di Thailand apabil tewas 1-2 di pentas suku akhir kepada Australia.

Tiga lagi penyertaan iaitu pada 2004 (Jepun), 2008 (Uzbekistan) dan 2016 (Malaysia) berakhir dengan kegagalan melepasi peringkat kumpulan.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin (berbaju kunig) turut bersama skuad muda negara yang layak ke Piala Asia B-17 tahun depan.

Namun kali ini tuah nyata memihak Malaysia di bumi Indonesia apabila menamatkan saingan Kumpulan B selaku juara kumpulan hasil tiga kemenangan dan satu seri.

Menang 4-0 pada aksi pertama menentang Palestin, Malaysia sedikit goyang apabila diikat seri 1-1 berdepan Guam sebelum kembali bernyawa memburu slot automatik ke pentas Piala Asia B-17 2023 setelah membenam cabaran Emiriah Arab Bersatu (UAE), 3-2.

Bagaikan dirasuk semangat membara Demi Lencana Didada, Malaysia terlalu unggul buat Indonesia apabila mudah meratah lawan dengan keputusan 5-1 di Stadium Pakansari, Bogor kelmarin untuk mengesahkan kemaraan ke Piala Asia B-17 2023.

Kejayaan ini juga begitu manis bagi Osmera yang merekodkan pencapaian sembilan perlawanan tanpa kalah di pentas antarabangsa selaku jurulatih.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN