TSG terima tajaan RM2 juta hadapi musim 2023

TSG terima tajaan RM2 juta hadapi musim 2023

Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun (dua kanan) bersama Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood (dua kiri) semasa majlis Menandatangani Kontrak Penajaan di Studio TSG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasukan nombor satu Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) menerima tajaan RM2 juta daripada Terengganu Incorperated (Inc) Sdn. Bhd. bagi menghadapi musim 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Mohd. Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, tajaan kewangan itu menyuntik semangat pasukan itu yang telah memiliki rancangan besar musim depan.

Menurut beliau, TSG mahu melebarkan sayap di Eropah dengan menubuhkan pengkalan di Girona, Sepanyol, yang juga pangkalan kedua mereka di benua itu selepas Turkiye.

“Berbaki empat perlumbaan sebelum musim 2022 menutup tirai, kami yakin dapat mengekalkan status pasukan terbaik Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

“Sejak 2021, langkah TSG berpengkalan di Turkiye dilihat berjaya melalui latihan dan siri perlumbaan di Eropah. Jadi kami mahu meneruskan momentum itu dengan rakan strategik yang lain.

“Benua Eropah sesuai untuk TSG terus bertapak dan mungkin boleh naik divisyen lebih baik berbanding kategori benua di mana ketika ini kami berada di ranking ketiga daripada 170 pasukan.

“Walaupun sektor ekonomi sedang terjejas, kami masih menarik pelabur dan tajaan 2023 dijangka mencecah RM11 juta, jumlah terbesar sejak penubuhan TSG,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memeterai perjanjian penajaan bersama Terengganu Inc. yang diwakili Presiden dan Pengarah Eksekutif, Burhanudin Hilmi Mohamed@Harun di sini, hari ini.

Burhanudin dalam sidang akhbar sama berkata, tajaan yang memasuki tahun kelima itu telah berjaya menaikkan imej pihaknya di peringkat global dengan lebih meluas.

Beliau berkata, Terengganu Inc. berpuas hati dengan pencapaian ditunjukkan TSG sekaligus meletakkan nama mereka di peta dunia dengan kejayaan demi kejayaan yang dilakar.

“Melalui penajaan ini, kita sedang melihat prospek perniagaan bersama rakan penaja lain contohnya Shimano dan Polygon untuk mereka membuka kilang pengeluaran utama di Terengganu.

“Secara tidak langsung, manfaat itu bukan sahaja menguntungkan TSG dan Terengganu Inc. malah tempiasnya turut dirasai rakyat negeri ini melalui peluang pekerjaan.

“Sebagai syarikat pelaburan induk strategik kerajaan negeri, kami gembira jika hubungan baik bersama TSG dan penaja lain dapat meningkatkan sektor ekonomi di Terengganu,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya