Tolong kekalkan Nafuzi semusim lagi

Tolong kekalkan Nafuzi semusim lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kelab Penyokong Terengganu (TFC) merayu agar pengendali Sang Penyu, Mohd. Nafuzi Zain diberi tempoh semusim lagi untuk terus melatih pasukan itu.

Presidennya, Mohd. Isa Che Arifin berkata, Nafuzi telah berjaya meningkatkan reputasi Terengganu daripada pasukan ‘biasa-biasa’ kepada antara pencabar utama kejuaraan domestik.

Katanya, Nafuzi tidak wajar ditunjukkan ‘jalan keluar’ selepas membawa mereka muncul naib juara Piala FA selain berada dalam posisi terbaik memburu slot ke Piala AFC 2023.

“Sejak ambil alih daripada Irfan Bakti (Abu Salim) pada 2019, prestasi TFC di bawah kendalian Nafuzi meningkat walaupun tidak mengecapi sebarang kejuaraan atau trofi.

“Nafuzi berani mempertaruhkan pemain muda selain berpegang kepada falsafah bola sepak moden yang menjadi identiti TFC sehingga mampu berada dalam kelompok atasan liga.

“Pemain TFC juga kini mendapat tempat dalam skuad negara membuktikan Nafuzi berjaya menggilap bakat pemain yang ada dalam pasukan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Namun Mohd. Isa berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak pengurusan TFC untuk membuat keputusan sambil menyifatkan khidmat jurulatih asing perlu menjadi keutamaan jika sentuhan Nafuzi tidak lagi diperlukan.

Jelasnya, TFC memerlukan individu yang mengamalkan bola sepak moden dan lebih baik lagi sekiranya ada pengalaman dengan liga tempatan seperti pengarah teknikal, Tomislav Steinbruckner.

“Perlu jurulatih luar kalau nak bawa TFC lebih jauh kerana jurulatih tempatan yang terbaik adalah Nafuzi. Barisan 25 pemain juga harus ditambah baik kerana musim depan lebih banyak perlawanan.

“Ketika Tomi (Steinbruckner) melatih T-Team pada 2015, dia seorang yang tegas, berdisiplin dan percaya dengan pemain-pemain muda.

“Dia ada kebolehan membimbing pasukan tapi sudah tujuh tahun meninggalkan liga tempatan. Namun semua terpulang kepada kebijaksanaan pengurusan demi kebaikan TFC,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya