Terengganu berusaha kekalkan Nafuzi?

Terengganu berusaha kekalkan Nafuzi?

Masa depan Nafuzi Zain bersama Terengganu FC masih menjadi tanda tanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pengurusan tertinggi Terengganu FC (TFC) masih membuka rundingan kepada Mohd. Nafuzi Zain selepas pengendali skuad Penyu itu memberi bayangan mahu meninggalkan pasukan musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Nafuzi adalah calon paling layak membimbing Terengganu jika dinilai prestasi semasa skuad Sang Penyu.

“Kemampuan (Nafuzi) membawa TFC ke final Piala FA adalah pencapaian yang tinggi selain turut berada di kelompok atasan Liga Super. Jadi dia ada merit untuk terus kekal bersama pasukan.

“Bila-bila masa barisan teknikal boleh kemukakan cadangan (mengekalkan khidmat Nafuzi atau sebaliknya) tetapi setakat ini kami ahli lembaga pengarah belum menerima sebarang maklum balas.

“Saya memahami isu ini malah mengikuti rapat kebimbangan penyokong. Namun beri peluang dan serahkan kepada pihak pengurusan untuk memberi justifikasi sebelum membuat keputusan.

“Berkenaan kemungkinan ramai pemain akan turut sama meninggalkan pasukan, pihak pengurusan tidak akan ambil risiko dan jika ada, kita ambil risiko yang paling kecil,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sabtu lalu, Nafuzi memberi bayangan tahun ini mungkin tahun terakhir bersama naib juara Piala FA itu dan akan mencuba ‘angin baharu’ sebaik kontraknya tamat hujung musim ini.

Tanpa tawaran lanjutan kontrak, hasrat mencari pengalaman berbeza menjadi faktor gaya permainan ‘NafuziBall’ yang menjadi identiti TFC sejak 2019 mungkin tidak lagi disajikan di bumi hitam putih itu.

Malah, beberapa nama turut dikaitkan dengan ‘kerusi panas’ TFC itu antaranya bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe serta pengarah teknikal TFC, Tomislav Steinbruckner.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya