Semua perlawanan EPL hujung minggu ini ditunda

Semua perlawanan EPL hujung minggu ini ditunda

PEMAIN Manchester United memberi bertafakur seminit sebelum memulakan perlawanan Liga Europa menentang Real Sociedad di Old Trafford, Manchester awal pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini ditunda sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Semua empat divisyen teratas bola sepak England, selain liga wanita tidak akan mengadakan sebarang perlawanan selepas badan tertinggi bola sepak negara itu memilih untuk membatalkan saingan.

“Kami dan kelab-kelab kami mahu memberi penghormatan kepada Yang Mulia Ratu atas perkhidmatannya yang panjang untuk negara kami,” kata Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Masters.

Ratu Elizabeth II, monarki Britain paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu, mangkat pada usia 96 tahun hari ini.

Istana Buckingham memaklumkan kemangkatan baginda dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari, ketika seluruh dunia mengucapkan takziah dan mengimbau kembali kegemilangan pemerintahan baginda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN