Rahadiazli sudah lupakan insiden ‘ngeri’

Rahadiazli sudah lupakan insiden ‘ngeri’

RAHADIAZLI RAHALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Semangat juang yang kuat untuk beraksi pada final Piala FA mendorong penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim melupakan insiden ketika bertemu Melaka United, minggu lalu.

Pemain berusia 21 tahun itu berkata, keadaannya kini semakin baik dan mula menyertai sesi latihan bersama rakan-sepasukan sebagai persediaan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

Menurut Rahadiazli, dia juga optimis masih berpeluang merebut tempat dalam kesebelasan utama di Stadium Nasional Bukit Jalil walaupun tahap kecergasannya belum mencapai 100 peratus.

“Sehari selepas dimasukkan ke hospital, saya rasa sangat marah dan kecewa namun saya tidak ingat apa yang berlaku kecuali berada dalam ambulans dan sudah di hospital.

“Pasukan perubatan juga beri lampu hijau dan saya berharap dapat beraksi seterusnya membawa pulang trofi Piala FA kepada penyokong TFC,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

RAHADIAZLI RAHALIM

Kata Rahadiazli, kejayaan negeri itu menjulang kejuaraan terakhir pada usianya 10 tahun masih diingati dan tidak menyangka berpeluang mengulangi pencapaian sama pada Sabtu ini.

Dia yang mula bermain bola sepak ketika berusia lapan tahun berkata, dorongan ibu, Rosmidah Mat Ripen, 46, dan bapa, Rahalim Ismail, 55, merupakan pembakar semangat utama buatnya.

“Ketika Terengganu menjulang Piala FA pada 2001, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Telaga Papan, Setiu. Pada masa itu saya terfikir apakah perasaan menjejakkan kaki di atas padang.

“Abah kemudian sering membawa saya menonton perlawanan di stadium dan sejak itu bermain bola sepak bertukar daripada sekadar hobi kepada cita-cita dan kerjaya saya sekarang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN