Rahadiazli ketuai kesebelasan utama Terengganu FC

Rahadiazli ketuai kesebelasan utama Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tanda tanya mengenai keadaan kesihatan Rahadiazli Rahalim akhirnya terjawab apabila penjaga gol itu mengetuai kesebelasan utama Terengganu FC dalam final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim malam ini.

Rahadiazli mengalami kecederaan dan digegaskan ke hospital selepas berlanggar dengan pemain Melaka United, Harith Naem Jaineh ketika cuba menangkap bola dalam kotak penalti pada perlawanan Liga Super, Sabtu lalu.

Pertahanan Senegal, Pape Diakite mengetuai benteng skuad Penyu bersama Shahrul Nizam Ros Hasni, Muhammad Azam Azmi Murad dan Muhammad Alif Zakaria.

Ketua pasukan, Kipre Tchetche mengetuai serangan bersama Petrus Shitembi, yang mengetepikan Kpah Sherman.

Turut melengkapkan kesebelasa utama Terengganu Habib Haroon (tengah), Manuel Ott (tengah), Mohd. Faiz Nasir (sayap kiri) serta Faisal Abdul Halim (sayap kanan). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN