Peserta bukan pilihan kuasai hari terakhir angkat berat

Peserta bukan pilihan kuasai hari terakhir angkat berat

ABDILA Iyad Abdul Jalil meraih pingat emas 96kg lelaki.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kejutan menghiasi hari terakhir acara angkat berat Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 apabila atlet Terengganu, Nur Shafika Shamsuddin mengungguli acara 81 kilogram (kg) di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 11, hari ini.

Shafika terpaksa menanti selama enam tahun untuk memperoleh emas dalam temasya itu sejak  membuat penampilan di Sukma Sarawak 2016, dan lebih manis dia menumbangkan peserta pilihan dari Johor, Mimi Syazwani Zainal Abidin yang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Atlet berusia 22 tahun dari Kuala Terengganu itu menampakkan penguasaan dalam kedua-dua acara, iaitu snatch dan clean & jerk untuk mencatatkan keseluruhan 184kg.

“Pada asalnya saya datang ke sini untuk menang pingat perak sahaja, sebab empat tahun lalu di Sukma Perak, saya hanya mengakhiri saingan di tempat keempat.

“Dan masa angkatan kedua saya dalam acara snatch pun tidak bagus, apabila saya membuat kesilapan, tetapi saya berjaya bangkit, dan memang saya tidak percaya dapat menang pingat emas sebab lawan dari Johor (Mimi Syazwani) adalah pilihan dalam acara ini.

“Jadi saya anggap ini penutup manis sepanjang tiga kali saya beraksi di Sukma sebab saya dah tak boleh menyertainya lagi selepas ini kerana akan terlebih umur,” kata Shafika.

Skrip sama turut berulang dalam acara 96kg lelaki apabila Abdila Iyad Abdul Jalil yang mewakili Wilayah Persekutuan membuat kejutan membawa pulang pingat emas dalam penampilan pertamanya di pentas ini.

Tidak cukup dengan itu, Iyad turut memperbaiki rekod peribadinya apabila membuat angkatan 285kg  keseluruhan, mengatasi pencabar dari Sarawak, Hussein Omar Mayah dengan 255kg.

“Saya dahulunya beraksi dalam acara lempar cakera, kemudian pihak Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) datang untuk membuat mencari bakat baru dan memilih saya untuk sertai sukan ini ketika saya berumur 14 tahun.

“Saya rasa beruntung kerana mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada rakan senior, Erry Hidayat yang membantu hilang rasa gugup pada hari ini (semalam), dan kalau boleh saya nak ikut jejak dia wakil Malaysia,” jelas Iyad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya