NAPLES: Rekod hambar Liverpool pada awal musim menjadi bertambah buruk apabila dimalukan 4-1 oleh Napoli dalam aksi pembukaan Kumpulan A, Liga Juara-Juara hari.
Reds yang bergelut dalam saingan domestik terus tenggelam di peringkat Eropah apabila ketinggalan 3-0 pada babak pertama.
Juara enam kali itu bernasib baik tidak kalah dengan jaringan lebih besar selepas tuan rumah mempamer aksi lebih bersemangat berbanding pelawat yang terlalu kerap melakukan kesilapan.
Napoli melebarkan rekod tanpa kalah mereka musim ini dengan bergaya dan membuka jaringan seawal minit ketiga selepas dihadiahkan sepakan penalti apabila rembatan Matteo Politano terkena tangan James Milner.
π₯ ππ·π°π π° π½πΈπΆπ·π π₯
π #ForzaNapoliSempre pic.twitter.com/LGRHMahBJl
— Official SSC Napoli (@sscnapoli) September 7, 2022
Piotr Zielinski menyempurnakan penaltiΒ menewaskan Alisson untuk meletakkan pasukannya mendahului 1-0.
Hanya 12 minit berselang, Napoli dihadiahkan satu lagi sepakan penalti selepas Virgil Van Dijk menjatuhkan Victor Osimhen.
Begitupun kali ini, mereka bernasib baik sepakan yang diambil Osimhen berjaya diselamatkan Alisson.
Kelegaan Reds tidak bertahan lama apabila Andre-Frank Zambo Anguissa menghukum kesilapan pertahanan lawan dengan menggandakan kedudukan 2-0 pada minit ke-31.
Tidak lama selepas dibawa masuk, Giovanni Simeone – anak kepada jurulatih terkenal, Diego Simeone menghukum Liverpool dengan gol ketiga Napoli.
Hasrat Reds untuk melakukan kebangkitan pada separuh masa kedua menerima tamparan apabila Zielinski meledak gol keempat tuan rumah, hanya dua minit selepas permainan bersambung.
Luis Diaz memberi sedikit harapan kepada Liverpool apabila melakukan rembatan cantik ke penjuru kanan gawang tuan rumah untuk kedudukan 4-1 pada minit ke-49.
Jaringan bintang Colombia itu bagaimanapun gagal merubah nasib Reds.
Biarpun Jurgen Klopp melakukan empat pertukaran pada separuh masa kedua dengan membawa masuk Joel Matip, Darwin Nunez, Diogo Jota dan Thiago Alcantara, namun ia gagal membantu Liverpool. – AGENSI