Mbappe enggan bergambar untuk Les Bleus

Mbappe enggan bergambar untuk Les Bleus

KYLIAN MBAPPE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kylian Mbappe dikatakan enggan me­nyertai sesi penggambaran skuad Pe­rancis yang akan diadakan hari ini.

Tindakan itu berikutan per­balahan yang tercetus selepas Persekutuan Bola Sepak ­Perancis (FFF) didakwa enggan mengubah suai perjanjian hak imej.

Mbappe dikatakan mahu memboikot penaja tertentu Les Bleus.

Pakar bola sepak Perancis, Robin Bairner dalam Twitter berkata, tindakan Mbappe berbaloi kerana wang yang diperoleh daripada hak imej berkaitan skuad kebangsaan semua diderma untuk tujuan amal.

“Semua wang yang dia peroleh daripada tajaan Perancis setakat ini telah didermakan kepada badan amal.

“Kekecewaan Mbappe mewakili syarikat pertaruhan dan jenama makanan segera yang dia rasa tidak selesa untuk ­melakukannya,” tulisnya.

Mbappe ­merasakan imej pemain ­tertentu digunakan lebih kerap berbanding pemain lain.

Portal, RMC dalam laporan mereka berkata, penggambaran hari ini melibatkan beberapa penaja utama seperti Uber Eats, KFC, dan Coca-Cola.

Pada Mac lalu, Le ­Parisien melaporkan Mbappe tidak mahu imejnya dikaitkan ­de­ngan beberapa rakan penaja pa­sukan kebangsaan Perancis khususnya syarikat pertaruhan atau kedai makanan segera.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu dilaporkan tidak mahu dikaitkan dengan produk berkaitan obesiti dan melihat pertaruhan dalam talian sebagai sangat bahaya kepada peminat muda.

Penaja Les Bleus dibenarkan memilih lima pemain untuk mengambil bahagian dalam kempen pengiklanan mereka sering memilih Mbappe kerana statusnya sebagai bintang.

Begitupun tidak jelas sama ada Mbappe akan menghadapi sekatan atau tindakan kerana keengganannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya