Klopp mohon maaf, namun yakin tidak akan dipecat

Klopp mohon maaf, namun yakin tidak akan dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp memohon maaf kepada penyokong Liverpool selepas pasukannya tumpas 4-1 kepada Napoli dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Klopp yang kalah dalam tiga kunjungan terdahulu ke Naples sebagai pengendali Reds memohon maaf selepas pasukannya sekali lagi dibelasah.

Napoli yang gagal menyempurnakan sepskan penalti kedua ketika kedudukan 1-0, memperoleh dua gol menerusi Piotr Zielinski, Andre-Frank Anguissa serta Giovanni Simeone.

Biarpun Luis Diaz berjaya merapatkan kedudukan buat Reds, namun ia hanya gol saguhati buat juara Eropah enam kali itu.

“Ia perjalanan yang jauh dari Liverpool ke Napoli. Ia malam yang amat mengecewakan, jadi saya perlu memohon maaf kepada mereka (penyokong).

“Masalah yang kami hadapi sangat jelas. Pertama, Napoli bermain dengan amat baik dan kami bermain sangat buruk.

“Kenapa? Kami tidak boleh menghiraukan permulaan yang teruk, penalti dan satu lagi penalti, kami tidak bermain baik.

“Persoalannya mengapa pemain tidak beraksi baik kerana mereka mahu melakukannya, jadi ia tugas saya untuk menyelesaikan perkara ini. Ia tanggungjawab saya.

“Ia benar-benar sukar, sukar untuk diterima tetapi tidak begitu sukar untuk dijelaskan bila anda melihat perlawanan,” kata Klopp.

Klopp juga ditanya sama ada dia takut dipecat selepas malam yang mengerikan.

Jurulatih dari Jerman itu membalas: “Tidak juga tetapi siapa tahu? Ada pelbagai jenis pemilik. Pemilik kami lebih tenang dan mengharapkan saya bagi menyelesaikan situasi dan tidak menjangkakan orang lain melakukannya.

“Itulah yang sentiasa mereka buat dan pada hari mereka mahu menukar fikiran, mereka akan beritahu saya.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN