Keletihan KL City, tuah buat Melaka United

Keletihan KL City, tuah buat Melaka United

AKSI Melaka United (jersi hijau) dan KL City dalam saingan Liga Super malam tadi berakhir seri tanpa jaringan. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Faktor keletihan menjadi punca juara Piala Malaysia musim lalu, KL City hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0 berdepan Melaka United (MU), walaupun menguasai sepenuhnya babak perlawanan di Stadium Hang Jebat di sini, malam tadi.

Jurulatihnya, Bojan Hodak berkata, pemain mengharungi empat perlawanan di tempat lawan terutama ketika menang dengan kelab ATK Mohun Bagan 3-1 pada separuh akhir antara zon di Stadium Vivekananda Yuba Bharati Krirangan, Kolkata, India 7 September lalu.

Menurutnya, sebelum ke India, mereka berdepan Sabah di Kota Kinabalu terikat 2-2 manakala tiga hari selepas pulang daripada Piala AFC, pasukannya berdepan pula Sri Pahang FC di Kuantan namun masih mampu mencatat kemenangan 2-0.

Beliau berkata, faktor itu menyebabkan aksi kesebelasan utamanya pada babak pertama berdepan Skuad Sang Kancil tampak tidak bertenaga, namun kembali menemui sentuhan pada babak kedua.

PENYERANG Melaka United, Ifedayo Olusegun (tengah) diapit dua pemain KL City dalam, Muhammad Hadin Azman (kiri) dan Paulo Josue dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

“Di babak kedua pemain saya mempunyai banyak peluang menjaringkan gol tetapi dikecewakan kecekapan penjaga gol MU, Norazlan Razali yang menyelamatkan tiga peluang terbaik.

“Kalau tidak kerana Norazlan sudah pasti pasukan saya boleh pulang dengan tiga mata penuh. Apa pun saya kagum dengan kecekapan penjaga gol MU dan sewajarnya dia dinobatkan man of the match,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat aksi.

Sementara itu, Jurulatih MU, Mohd. Asri Ninggal berkata, beliau melahirkan rasa lega pasukannya tidak tewas walaupun KL City menguasai sepenuhnya babak perlawanan.

“Saya puji pemain beraksi dengan baik sepanjang 90 minit babak perlawanan untuk menyekat KL City daripada menjaringkan gol,” ujarnya.

“Saya kagum terhadap Norazlan yang diturunkan sebagai penjaga gol utama menggantikan Tian Keat See. Dia mempamer aksi paling menarik untuk menyelamatkan banyak percubaan di mana tiga daripadanya sepatutnya menghasilkan gol buat KL City,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya