Kelantan akhirnya akan bermain malam

Kelantan akhirnya akan bermain malam

Selepas sering bermain pada waktu petang, pasukan Kelantan akhirnya akan bermain malam di Stadium Sultan Muhammad IV sepanjang kempen Piala Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hasrat peminat bola sepak Kelantan untuk menyaksikan Piala Malaysia berlangsung pada waktu malam bakal menjadi kenyataan apabila pemasangan lampu limpah di Stadium Sultan Muhammad IV di sini dijangka siap sepenuhnya akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, kerja-kerja yang bermula pada 5 September ini itu melibatkan pemasangan tiang dan lampu yang lengkap.

“Kita jangkakan pemasangan ini akan mengambil masa hampir sebulan.

“Sepanjang tempoh itu, kita akan menutup jalan-jalan sekitar stadium bagi memastikan kerja-kerja berjalan lancar.

 

“Mengikut jadual lampu limpah ini sepatunya beroperasi sepenuhnya pada 24 Ogos lalu sebagaimana yang terkandung dalam syarat perjanjian.

“Bagaimanapun berlaku sedikit kelewatan dan perkara itu telah mendapat perhatian kerajaan negeri,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor itu memberitahu, pemasangan lampu limpah baharu tersebut merupakan sebahagian daripada kerja-kerja naik taraf stadium selain kerja-kerja baik pulih kerosakan pada struktur bangunan.

Katanya, keseluruhan kerja-kerja naik taraf itu membabitkan peruntukan berjumlah RM5 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN