JDT hanya tunggu masa ‘main bunga api’

JDT hanya tunggu masa ‘main bunga api’

PEMAIN JDT meraikan gol pertama mereka yang disempurnakan oleh Bergson da Silva menerusi sepakan penalti ketika menentang PJ City dalam aksi Liga Super di Petaling Jaya kelmarin. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan keputusan seri 2-2 menentang Petaling Jaya City (PJ City) kelmarin kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap di landasan untuk merangkul kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio berkata, keciciran mata sesuatu yang sudah dijangka kerana pasukannya mengharungi jadual padat dengan aksi berturut-turut dalam tempoh singkat.

Begitupun, mengungguli liga dengan kelebihan tujuh mata dan memiliki satu lagi perlawanan dalam tangan menyebabkan pencabar terdekat mereka, Sabah memerlukan ‘keajaiban’ jika mahu memintas Harimau Selatan di hujung musim.

Bidoglio percaya, pasukannya boleh membawa pulang tiga mata jika tidak melakukan kesilapan pada penghujung perlawanan.

PEMAIN sayap JDT, Arif Aiman Hanapi (tengah) diapit dua pertahanan Petaling Jaya City dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin. – UTUSAN/ AMIR KHALID

“Kami sepatutnya boleh mendapat tiga mata penuh dan saya tidak puas hati dengan keputusan seri tetapi inilah lumrah bola sepak. Ada beberapa kesilapan individu kali ini dan saya harap kita dapat bangkit selepas ini.

“Apa yang pasti, saya kekal positif kerana keputusan seperti ini seperti sudah dijangka memandangkan pasukan mengharungi jadual padat dengan aksi berturut-turut dalam tempoh yang singkat.

“Namun, pemain masih lagi tidak kenal penat dan melakukan tekanan ke atas lawan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kini, saya akan memberikan pemain rehat seketika pada jendela antarabangsa sebelum memulakan kembali sesi latihan bersama pemain yang tidak dipanggil dalam skuad kebangsaan,” katanya selepas aksi di Stadium Petaling Jaya kelmarin.

Harimau Selatan mendahului saingan sebanyak dua kali menerusi jaringan Bergson da Silva dan Akhyar Rashid sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan hasil ledakan Darren Lok dan R. Kogileswaran menjaringkan gol cantik untuk mencuri satu mata berharga pada masa kecederaan.

Harimau Selatan mampu bergelar juara seandainya menewaskan Negeri Sembilan pada 1 Oktober di Stadium Sultan Ibrahim.

Sekiranya meraih mata penuh dalam dua perlawanan ini, skuad bimbingan Bidoglio akan melebarkan rekod menjulang kejuaraan Liga Super sembilan kali berturut-turut walaupun masih berbaki tiga perlawanan menentang Sri Pahang FC (7 Oktober), Kedah (11 Oktober) dan Sabah FC di laman sendiri pada 15 Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya