Jawatankuasa Pengelola Sukma tidak berkompromi isu doping

Jawatankuasa Pengelola Sukma tidak berkompromi isu doping

ACARA angkat berat tetap diteruskan dalam Sukma 2022 biarpun terdapat tiga atlet positif doping.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia ke-20 Majlis Sukan Negara (MSN) tidak pernah berkompromi dengan mana-mana atlet yang gagal ujian doping dan mereka secara automatik tidak dibenarkan untuk bertanding pada edisi kali ini.

Bagaimanapun, dalam mesyuarat yang dihadiri semua Pengarah Majlis Sukan Negeri, mereka sebulat suara bersetuju angkat berat terus terus dipertandingkan atas dasar mengutamakan kepentingan atlet yang sudah terbukti bersih.

Jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua pasukan bersetuju untuk memberi mandat pengurusan acara kepada Jawatankuasa Khas Teknikal Sukma selepas Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menarik diri.

“Keputusan itu (meneruskan acara angkat berat) dibuat atas dasar mengutamakan kepentingan atlet yang sudah terbukti bersih dan berhak menyertai temasya kali ini.

“Jawatankuasa Pengelola berdukacita dengan keputusan PABM melarang pembabitan pegawai-pegawai teknikal daripada mengendalikan acara-acara sukan angkat berat.

“Keputusan itu dibuat atas dasar mengutamakan kepentingan atlet yang sudah terbukti bersih dan berhak menyertai temasya kali ini.

“Jawatankuasa Pengelola berdukacita dengan keputusan PABM melarang pembabitan pegawai-pegawai teknikal daripada mengendalikan acara-acara sukan angkat berat.

GARA-gara penarikan diri PABM daripada Sukma kali ini, pingat kebangsaan yang dicipta atlet Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri ketika memenangi acara 45 kilogram wanita tidak dikira. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“Namun, penganjuran tetap diteruskan demi memberi peluang kepada atlet yang bersih bersaing di temasya kali ini. Pihak kami tidak pernah berkompromi terhadap mana-mana atlet didapati positif ujian doping,” kata kenyataan tersebut.

Jawatankuasa Penganjur Sukma 2022 juga mendedahkan, bagi sukan angkat berat kali ini, semua atlet diwajibkan menjalani ujian doping 30 hari sebelum temasya sebagai langkah pencegahan demi memastikan hanya atlet yang bebas daripada pengambilan bahan terlarang dibenarkan bersaing.

“Inisiatif ini diperkenalkan secara bersama di antara MSN dan Persatuan Angkat Berat Malaysia sejak Sukma 2018 serta diteruskan untuk penganjuran temasya kali ini.

“Perlu dimaklumkan bahawa ketika ujian 30 hari sebelum pertandingan bermula, tiada peraturan ditetapkan PABM untuk membatalkan penyertaan seluruh pasukan jika ada mana-mana atlet pasukan gagal ujian berkenaan,” kata kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan itu lagi, Jawatankuasa Khas Teknikal Sukma hanya dimaklumkan pada 13 September lalu mengenai ketetapan PABM membatalkan penyertaan keseluruhan pasukan, jika ada mana-mana atlet gagal ujian doping.

“Makluman itu diterima enam hari sebelum acara angkat berat dijadualkan berlangsung pada Sukma kali ini.

“Ketetapan pembatalan seluruh pasukan oleh PABM itu juga adalah yang pertama seumpamanya di dunia, berbeza dengan peraturan saingan di peringkat antarabangsa yang hanya membatalkan penyertaan atlet yang terbukti gagal ujian doping.

“Mesyuarat Ketua-ketua Kontinjen pada 15 September lepas telah membincangkan peraturan terbaru PABM itu dan sebulat suara bersetuju membenarkan penyertaan semua pasukan dengan atlet yang lulus ujian doping,” kata kenyataan itu.

Pihak penganjur juga telah berbincang dengan Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat, sebelum taklimat sukan angkat berat pada 18 September lalu, selain, menjelaskan peraturan terbaru itu tidak terkandung dalam Peraturan Tetap Sukma, Peraturan Am Sukma dan

Peraturan Pertandingan Acara Angkat Berat Sukma yang dimuktamadkan bersama PABM sebelumnya.

PABM bagaimanapun, bertegas dan satu mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukma dipanggil bagi membincangkan arahan pembatalan penyertaan dua pasukan, selain pendirian badan induk itu tidak membenarkan semua pegawai teknikal bertugas sekiranya dua pasukan tersebut dibenarkan bertanding.

Bagaimanapun, menerusi mesyuarat yang dihadiri semua Pengarah Majlis Sukan Negeri sebulat suara bersetuju meneruskan angkat berat yang disertai semua pasukan dan memberi mandat pengurusan acara kepada Jawatankuasa Khas Teknikal Sukma. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya