Jangan buat hal 'hoolingan', anda sudah dijejak

Jangan buat hal ‘hoolingan’, anda sudah dijejak

ACP Zam Halim Jamaluddin (kiri) dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, ACP (B) Md. Dali Wahid memberi penerangan mengenai kawalan keselamatan pada final Piala FA esok dalam sidang akhbar di Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jangan buat kacau dalam final Piala FA kerana anda sentiasa dipantau dan polis sudah mengesan sekumpulan ‘pengacau’ yang sering mencetuskan kekecohan.

Bersiap sedia menghadapi dari sebarang kemungkinan termasuk kebanjiran 87,000 penyokong di Bukit Jalil esok, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan 1,000 pegawai dan anggota bagi memastikan perlawanan berjalan lancar.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, PDRM telah lakukan risikan mengenai kewujudan hooligan atau samseng bola sepak, malah sudah mengenal pasti kemungkinan terdapat kumpulan yang akan cuba lakukan provakasi pada hari perlawanan.

PEMAIN Terengganu FC menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam dalam persiapan menghadapi JDT pada final Piala FA esok. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“Kita ada meletakkan pegawai dan anggota yang berpakaian preman di sekitar tempat duduk penonton.

“Ada pasukan polis yang akan mengambil video serta gambar kumpulan yang berpotensi untuk cetuskan kekecohan ini, kita cakna akan perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar Keselamatan Piala FAdi Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Mengulas lanjut, Zam Halim berkata, PDRM mengambil tindakan selepas menerima maklumat awal kemungkinan berlakunya kekecohan.

“Secara lengkap kita tak boleh nak kongsikan maklumat, tapi ada, apabila ada maklumat kita akan ambil tindakan awal berdasarkan identiti kumpulan-kumpuan yang mungkin boleh cetuskan provokasi,” katanya.

PEMAIN JDT melakukan persiapan di Bukit Jalil semalam menjelang final Piala FA esok. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Perlawanan akhir Bola Sepak Piala FA Malaysia 2022 di antara Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 9 malam.

Jumlah kekuatan petugas pihak Polis untuk menghadapi perlawanan itu melebihi 1,000 orang terdiri daripada pegawai Polis dan anggota termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Unit Anjing Pengesan Polis (K9), Unit Berkuda, Unit Pemusnah Bom,Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta Respon Team / Tangkapan.

Pihak Polis dalam mengawal keselamatan di sekitar stadium pada hari perlawanan tersebut akan bermula pada jam 5 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN