Harimau Malaya sedia tamatkan kemarau 44 tahun

Harimau Malaya sedia tamatkan kemarau 44 tahun

PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan akhir di Chiang Mai semalam dalam persiapan menghadapi Tajikistan pada perlawanan akhir Piala Raja Thai Ke-48 malam ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas kali terakhir muncul juara pada 1978, Malaysia berada di prestasi terbaik untuk menamatkan kemarau 44 tahun apabila berdepan Tajikistan dalam final Piala Raja Thai malam ini.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon berkata, biarpun lawan miliki ranking lebih tinggi, namun mereka bersedia memberi tentangan paling hebat di Chiang Mai.

“(Kalau menang) ia menjadi pencapaian terbaik selepas 44 tahun. Walaupun Tajikistan pasukan yang baik, kami sedia menghadapi mereka.

“Bukan hanya mahu menjadi juara, kami mahu bersaing di tahap ini kerana berlatih untuk mengatasi situasi sukar. Semua ini bagus untuk menjadikan pasukan lebih kuat.

“Dalam setiap perlawanan, pemain sudah mengejutkan saya apabila melepasi jangkaan terhadap mereka.

“Saya harap mereka mampu teruskan dan tunjuk kepada penyokong yang pasukan ini mampu lakukan aksi terbaik,” katanya semalam.

Selepas menyingkirkan Thailand yang berada di ranking ke-111 dunia, Tajikistan pula memiliki kedudukan lebih baik 109 dunia.

Bagi tonggak tengah negara, Brendan Gan, dia dan rakan sepasukannya sudah cukup masak dengan lawan di ranking lebih tinggi dan peluang bermain di Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Liga Juara-Juara jelas mematangkan lagi pemain.

Malaysia hanya bergelar juara dua kali iaitu pada 1972 dengan menewaskan Thailand (1-0) dan menang 3-2 ke atas Singapura 44 tahun lalu sejak kejohanan yang diperkenalkan pada 1968 itu.

BRENDAN GAN

Bagi tonggak tengah negara, Brendan Gan, dia dan rakan sepasukannya sudah cukup masak dengan lawan di ranking lebih tinggi dan peluang bermain di Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Liga  Juara-Juara jelas mematangkan lagi pemain.

“Kami tahu sokongan daripada penyokong yang mahukan sesuatu dan kami juga memasang impian saya. Tidak kiralah persahabatan, aksi pertunjukan sekalipun, kami tetap mahukan kemenangan.

“Pemain dalam pasukan ini sudah berpengalaman di tahap tertinggi di Piala AFC mahupun Liga Juara-Juara. 

“Kami kena fokus kerana tugas kami belum lagi selesai kerana kami mahu pulang dengan kejayaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.