Harimau Malaya lulus ujian intensiti tinggi

Harimau Malaya lulus ujian intensiti tinggi

PEMAIN Malaysia menangani tekanan hebat Thailand untuk mara ke final Piala Raja Thai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Di sebalik kejayaan Harimau Malaya me­nundukkan Thailand untuk mara ke final Piala Raja Thai, kemampuan menghadapi tekanan berterusan dalam perlawanan berintensiti tinggi dianggap pencapaian baharu buat skuad kebangsaan.

Situasi itu nyata menggembirakan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon yang menyifatkan pemainnya telah mempamer mentaliti yang kental untuk meraih kemenangan pada perlawanan itu.

“Terima kasih kepada semua pemain atas persembahan yang baik, mereka menunjukkan mentaliti yang bagus walaupun kami menerima tekanan dari segi mental dan fizikal pada perlawanan ini.

“Kami jangka boleh tamatkan perlawanan sebelum separuh masa kedua tamat tetapi dalam 25 tahun karier saya, saya telah hadap benda ini banyak kali dan pemain menunjukkan komitmen mereka,” ujar­nya.

KIM PAN GON

Pada perlawanan di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Malaysia mengesahkan kemaraan ke final setelah menewaskan Thailand menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit.

Penjaga gawang Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menjadi wira apabila menafikan sepakan penalti Supachok Sarachart.

Skuad kebangsaan menerima tekanan hebat sepanjang babak kedua dan bertahan dengan penuh disiplin sebelum Thailand menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.

Walaupun tuan rumah menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti namun semangat memburu kejayaan Harimau Malaya tetap terserlah.

Kata Pan Gon, beliau tetap ­yakin pemainnya cukup kuat untuk menghadapi situasi ­seperti itu ketika kedudukan 1-1 dan mereka berjaya membuktikan kepadanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya