Haaland pimpin Manchester City ke puncak liga

Haaland pimpin Manchester City ke puncak liga

ERLING Haaland meledak gol kedua Manchester City ketika membantu pasukan itu menumpaskan Wolverhampton 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Erling Haaland meledak gol ke-13 bersama Manchester City ketika membantu pasukannya membenam Wolverhampton 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux, sebentar tadi.

Jack Grealish menutup mulut pengkritik apabila meletakkan City di depan tidak sampai seminit selepas permainan bermula apabila menyudahkan hantaran cantik Kevin De Bruyne.

Juara bertahan itu yang tidak kalah dalam 33 perlawanan terakhir Liga Perdana, semakin garang untuk menambah jaringan dengan berkubu di kawasan lawan.

JACK Grealish (kanan) meraikan jaringan pertama Manchester City ketika menentang Wolverhampton hari ini.

Haaland meneruskan prestasi baiknya pada musim pertama di England dengan menggandakan kedudukan 2-0 selepas menewaskan pertahanan Wolverhampton sebelum melepaskan rembatan ke penjuru gawang pintu gol, 15 minit berselang.

Itu adalah gol ke-11 Haaland hanya dalam tujuh penampilannya pada saingan Liga Perdana.

Tertekan dengan asakan bertali arus yang dilancarkan skuad The Citizens, pertahanan muda Wolverhampton, Nathan Collins mengangkat kaki tinggi ketika cuba mengasak Grealish.

Tanpa berfikir panjang, pengadil, Anthony Taylor melayangkan kad merah kepada Collins dan memaksa pasukannya beraksi dengan 10 pemain ketika perlawanan baru memasuki minit ke-33.

Wolves memperkemaskan permainan pada separuh masa kedua dengan mencipta lebih banyak peluang, namun beraksi dengan kurang seorang pemain nyata tidak mudah buat mereka.

PHIL Foden melengkapkan gol ketiga Manchester City di Stadium Molineux.

Akhirnya pada minit ke-69, tuan rumah dihukum dengan gol ketiga City selepas Haaland menguis bola kepada De Bruyne yang kemudian melakukan hantaran untuk disempurnakan Phil Foden.

Selepas tujuh perlawanan, City yang mencatat lima kemenangan dan dua seri memintas Arsenal untuk mengungguli liga dengan 17 mata.

Arsenal yang mengumpul 15 mata bagaimanapun mampu kembali melonjak ke tangga teratas jika menewaskan Brentford esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.