Haaland memang 'mesin gol'

Haaland memang ‘mesin gol’

ERLING Haaland meraikan gol ketiga Manchester City ketika menentang Sevilla dalam saingan Kumpulan G, Liga Juara-Juara di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLA: Pep Guardiola memuji aksi ‘luar biasa’ Erling Haaland selepas bintang sensasi Norway itu meledak dua gol ketika Manchester City membenam Sevilla 4-0 pada saingan Kumpulan G, Liga Juara-Juara, semalam.

Haaland, 22, telah menyumbat 12 gol hanya dalam tujuh perlawanan pertama bersama The Citizens – 10 lagi jaringan dihasilkan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Lebih menarik, Guardiola menegaskan, Haaland belum mengeluarkan semua kemampuan yang dimiliki kerana masih terlalu baharu bersama City.

“Kami tidak bermula baik pada babak pertama kerana mahu menyerang dengan terlalu pantas.

“Kadangkala kami mahu segera melakukannya kerana ­Erling ada di sana, namun pasukan harus bersabar sedikit.

“Saya tidak kata tidak menyukainya! Dia (Haaland) ada naluri mendapatkan gol yang menakjubkan.

“Dia meledak dua gol dari ­tengah dan ada peluang meledak dua atau tiga gol lagi, namun ­Erling masih baharu, saya tidak fikir dia belum menyesuaikan diri sepenuhnya,” katanya.

Haaland sudah meledak 25 kali dalam 20 aksi Liga Juara-Juara, termasuk bersama Borussia Dortmund dan Red Bull Salzburg.

City kini akan menerima kunjungan Tottenham dalam Liga Perdana, Sabtu ini ketika mereka cuba mengejar pendahulu, ­Arsenal.

Perlawanan Liga Juara-Juara seterusnya menyaksikan mereka menerima kunjungan bekas kelab Haaland, Dortmund pada 14 ­September.

Pada perlawanan lain dalam kumpulan yang sama, Dortmund menewaskan FC Copenhagen 3-0 di Jerman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN