Chelsea pecat Thomas Tuchel

Chelsea pecat Thomas Tuchel

REAKSI Thomas Tuchel ketika melihat Chelsea menentang Dinamo Zagreb dalam aksi Kumpulan E, Liga Juara-Juara di Stadium The Maksimir, Zagreb awal pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZAGREB, Croatia: Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly tidak me­nunggu lama untuk bertindak apabila memecat pengurus pasukan, Thomas Tuchel gara-gara kekalahan mengejut kepada Dinamo Zagreb dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Kekalahan 1-0 kepada kelab ­Croatia itu dalam aksi Kumpulan E adalah rentetan daripada prestasi ‘yo yo’ yang dipamerkan Chelsea pada saingan domestik.

Biarpun berlepas ke Zagreb selepas menumpaskan West Ham 2-1 pada saingan Liga Perdana, namun mereka me­ngutip 10 mata ‘kurang memberangsangkan’ daripada enam aksi pertama liga domestik.

Chelsea kini tewas tiga perlawanan berturut-turut di tempat lawan buat kali pertama di bawah bimbingan Tuchel, termasuk ketika menentang Leeds dan Southampton.


PIERRE-Emerick Aubameyang (kiri) gagal menyerlah dalam penampilan sulung bersama Chelsea sejak tiba dari Barcelona, Khamis lalu. – AFP

Blues menampilkan Pierre-­Emerick Aubameyang buat kali pertama selepas bintang penyerang Gabon itu tiba di Stamford Bridge dari Barcelona, Khamis lalu.
Begitupun, bekas bintang Arsenal itu tampak tenggelam sepanjang perlawanan.

“Kelab Bola Sepak Chelsea hari ini telah berpisah dengan ketua jurulatih Thomas Tuchel.

“Bagi pihak semua orang di Chelsea FC, Kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Thomas dan kakitangannya atas segala usaha mereka sepanjang mereka bersama Kelab.

“Memandangkan kumpulan pemilikan baharu mencecah 100 hari sejak mengambil alih Kelab, dan berusaha meneruskan kerja keras membawa kelab ke hadapan, pemilik baharu percaya ia adalah masa yang sesuai untuk me­lakukan peralihan ini,” kata Chelsea dalam satu kenya­taan semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN