fbpx

Cabaran Malaysia pada Terbuka Jepun berakhir

TAN Kiang Meng-Lai Pei Jing tewas kepada juara Olimpik, Wang Yilyu-Huang Dongping dari China.

PETALING JAYA: Impian untuk melihat sekurang-kurangnya satu wakil Malaysia mara ke separuh akhir badminton Terbuka Jepun esok tidak kesampaian apabila kesemua tiga beregu sandaran negara tewas pada suku akhir di Osaka, hari ini.

Tidak banyak harapan diletakkan kepada beregu campuran negara, Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing yang turun menentang dengan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wang Yilyu-Huang Dongping dari China apabila tewas 14-21, 19-21.

HOO Pang Ron-Toh Ee Wei kandas di suku akhir Terbuka Jepun.

Seterusnya giliran pasangan muda, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei yang turut menerima nasib sama apabila berdepan pilihan pertama, Zheng Siwei-Huang Yaqiong yang menyaksikan mereka tumbang 10-21, 13-21.

Harapan terakhir negara dalam beregu lelaki menerusi Teo Ee Yi-Ong Yew Sin pada permulaannya tampak meyakinkan apabila mereka memenangi set pertama ke atas pasangan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho.

Bagaimana tekanan kian memuncak yang menyaksikan gandingan profesional itu berputih mata apabila tewas 21-17, 17-21, 13-21. – UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN