Brendan, Rahadiazli dapat panggilan, Faizal Marlias tercicir

Brendan, Rahadiazli dapat panggilan, Farizal Marlias tercicir

BRENDAN GAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten Selangor, Brendan Gan dan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim mendapat panggilan Kim Pan Gon untuk menyertai kem latihan pusat skuad bola sepak kebangsaan bermula Jumaat ini.

Penjaga gol veteran Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias bagaimanapun tercicir daripada senarai pemain yang dipersiapkan untuk menghadapi Piala Raja Thailand ke-48 di Chiang Mai dari 22 hingga 25 September depan.

Pan Gon turut memanggil semula Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Petaling Jaya City) dan mengekalkan penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi, selain memberi peluang kepada tiga pemain muda , Azam Azmi Murad (Terengganu FC),Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC) dan Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor FC).

Kejayaan membantu Kuala Lumpur City (KL City) melangkah ke perlawanan akhir Antara Zon Piala AFC 2022 pula membolehkan pemain tengah  skuad The City Boys, Zhafri Yahya kembali mendapat panggilan bersama rakan sepasukannya yang juga tonggak pertahanan kelahiran Malaysia-Australia, Declan Lambert.

Pan Gon mengekalkan 17 daripada 23 pemain yang membawa Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023 pada kempen kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jun lalu.

Sementara 16 pemain diletakkan dalam Senarai Bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai 25 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan berpusat mulai 16 September nanti.

Harimau Malaya akan turun menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 16 hingga 19 September 2022, sebelum berlepas ke Chiang Mai, Thailand.

Anak didik Pan Gon akan berdepan tuan rumah, Thailand bagi perlawanan pertama pada 22 September 2022, di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai.

Satu lagi perlawanan menemukan Trinidad & Tobago dan Tajikistan akan berlangsung di stadium sama, jam 5.30 petang.

Bagi hari perlawanan kedua pada 25 September 2022, kedua-dua pasukan yang kalah perlawanan pertama akan beraksi pada penentuan tempat ketiga dan keempat manakala dua pasukan yang menang perlawanan pertama akan bertemu di final dengan semua perlawanan diadakan di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya