Piala AFF: Malaysia belasah Indonesia 9-2

Bola sepak pantai Piala AFF: Malaysia belasah Indonesia 9-2

AKSI pemain Malaysia ketika menentang Indonesia dalam bola sepak pantai Piala AFF di Pattaya, Thailand hari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bola sepak pantai negara memulakan kempen Piala AFF yang berlangsung di Pattaya, Thailand dengan bergaya apabila membenam seteru, Indonesia dengan keputusan 9-2 sebentar tadi.

Meskipun ini aksi pembukaan buat skuad negara, ia sudah cukup untuk meletakkan Malaysia dalam kedudukan selesa bagi mengejar kejuaraan, manakala Indonesia sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan ini apabila pasukan kendalian Ida Nyoman Mahayasa itu sudah pun tewas kepada tuan rumah, Thailand dengan keputusan 5-3 semalam.

Sebagai rekod, hanya tiga pasukan yang menyertai edisi kali ini dengan pertandingan dijalankan dalam bentuk format liga.

Pasukan yang mengutip mata paling banyak bakal dinobatkan sebagai juara.

“Pertama skali tahniah diucapkan kepada pasukan Indonesia kerana mereka memberikan persembahan terbaik, begitu juga dengan pasukan Malaysia dimana kesemua pemain negara telah berjuang memberikan segalanya.

“Perlawanan menentang Indonesia ni kita memang meletakkan sasaran untuk menang sebab berdasarkan kepada peraturan pertandingan pasukan yang mengutip mata yang paling banyak akan dinobatkan sebagai juara.

“Cuma ada ruang yang perlu diperbaiki lagi untuk menentang pasukan Thailand pada hari Sabtu ini dan InsyaAllah pasukan akan memberikan yg terbaik dalam perlawanan terakhir menentang Thailand,” jelas penggendali negara, Wan Adremy Indera Wan Adnan kepada Utusan Malaysia.

Skuad negara pernah menjadi juara ketika edisi pertama kejohanan ini yang berlangsung di Kuantan, Pahang pada 2014. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya