fbpx

Tottenham turun menyerang habis-habisan

SON Heung-min (kiri) dan Harry Kane.

LONDON: Rekod Tottenham agak ‘mengerikan’ setiap kali bertandang ke Chelsea, malah pertemuan dua kelab London itu juga tidak memihak Spurs.

Begitupun pengurus Tottenham, Antonio Conte tidak gentar, malah mengarahkan anak-anak buahnya bermain secara menyerang dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge hari ini.

Di bawah bimbingan ­Conte, Tottenham meledak 51 gol dalam liga musim lalu, jumlah yang tinggi dan harus diberi perhatian oleh Blues.

Conte percaya, Spurs memiliki serangan ampuh dan ia terbukti apabila mereka membuka kempen Liga Perdana dengan membedil Southampton 4-1, Sabtu lalu.

ANTONIO Conte mahu pemain Tottenham turun dengan corak permainan menyerang.

“Statistik bercakap dengan jelas. Setiap pasukan yang saya latih, sentiasa menjadi pasukan menyerang terbaik

“Dalam bola sepak, saya suka permainan menyerang. Kami datang ke Stamford Bridge ­de­ngan misi mencari lebih daripada satu gol, kerana kami harus sentiasa berfikiran untuk mencari kemenangan,” kata Conte.

GANDINGAN Son Heung-min dan Harry Kane menjadi sandaran utama Tottenham.

Musim lalu, Spurs sangat ­bergantung kepada kombinasi Son Heung-min dan Harry Kane, yang kedua-duanya amat tajam di depan gawang.

Heung-min menamatkan musim 2021/2022 dengan berkongsi penjaring terbanyak liga bersama penyerang ­Liverpool, Mohamed salah.

STERLING SENJATA BLUES

Chelsea pula memiliki senjata baharu, Raheem Sterling yang akan membentuk gandingan serangan bahaya bersama Mason Mount serta Kai Havertz.

Biarpun memulakan liga de­ngan agak perlahan apabila memerlukan penalti Jorginho untuk menewaskan Everton 1-0, Ahad lalu, namun trio Sterling-Mount-Havertz dijangka menjadi ancaman terbesar liga.

PEMAIN Chelsea melakukan persiapan akhir di Pusat Latihan Cobham, London semalam sebelum berdepan aksi getir menentang Tottenham. – CHELSEA FC

“Mereka (Tottenham) kelihatan seperti selangkah di depan kerana peralihan pemilikan kelab menyebabkan Chelsea lambat menyambar pemain baharu pada jendela perpindahan.

“Bagaimanapun itu tidak ­bermakna mereka akan memenangi perlumbaan,” kata Tuchel. –AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!