Thailand terus hantui skuad sepak takraw Malaysia

Thailand terus hantui skuad sepak takraw Malaysia

PEREJAM negara, Nur Haziq Nurali cuba melakukan hadangan ketika menentang Thailand dalam acara berpasukan di AUG 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UBON RATCHATHANI: Hasrat skuad sepak takraw negara ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 untuk menamatkan dominasi Thailand dalam acara berkenaan tidak menjadi kenyataan.

Thailand yang turun selaku pasukan rumah mempamerkan aksi terbaik mereka dengan variasi libasan gulung padu untuk menidakkan cabaran Malaysia dalam acara berpasukan.

Anak-anak buah dua bekas pemain kebangsaan Ahmad Sufi Mohamed Hashim dan Muhammad Zulkarnain Mohamed Arif itu dilihat gagal memberi saingan dan tewas dalam ketiga-tiga regu.

Regu pertama negara yang diwakili Zuhri Zain (Najmi Syahfiq Anuar), Amir Syahiran Mohd. Fuzi dan Muhamad Aiman Hakim Zahari tewas straight set 13-21, 12-21.

Harapan yang diletakkan kepada regu kedua menerusi Faisal Fuad, Mohamad Nazhan Noor Azmi dan Nur Haziq Norali juga musnah apabila tewas mudah 11-21, 12-21.

Sementara regu ketiga Malaysia yang menampilkan Mohammad Imran Omar, Khairul Hafifi Tajudin dan Wan Muhammad Syazwan Wan Mohd. Asri juga tewas 21-15, 13-21, 14-21.

Harapan Malaysia untuk mengutip sekurang-kurangnya satu emas kini terletak dalam dua acara lagi iaitu dalam acara beregu dan juga antara regu yang akan bermula esok.

Bagaimanapun, Thailand dijangka terus membayangi skuad negara kerana kuasa besar sepak takraw dunia itu turut menyertai dua acara berkenaan yang menggunakan format kalah mati.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya