Sultan Ibrahim raikan Aniq

Sultan Ibrahim raikan Aniq

SULTAN Ibrahim menyampaikan cek kepada Mohd. Aniq Kasdan di Kampung Paya Merah di Labis, Segamat semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Semalam pastinya hari yang istimewa buat jaguh angkat berat negara, Mohd. Aniq Kasdan apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan meraikan kejayaannya menyumbang pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Pada Majlis Insentif Khas Anak Segamat Atas Kemenangan Pingat Emas Sukan Komanwel 2022 yang diadakan di Kampung Paya Merah, Labis, hari ini, Sultan Ibrahim turut menyampaikan replika cek sebanyak RM2,000 sumbamgan Pejabat Daerah Segamat.

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, Tan Chong; Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim dan Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Bahrin Mohd. Noh

“Bagi pihak keluarga, sukan angkat berat Johor dan Malaysia, saya ingin menjunjung kasih Tuanku Sultan Ibrahim atas sumbangan idea dan komitmen terhadap sukan angkat berat sepanjang dekad yang lalu.

“Secara peribadi, saya akan sentiasa mengingati nasihat dan usaha tanpa jemu Tuanku Sultan Ibrahim dalam membangunkan pengurusan dan promosi bagi sukan angkat berat,” kata Mohd. Aniq.

Atlet angkat berat negara yang berasal dari Segamat itu berjaya menjuarai kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan bebanan keseluruhan 249kg selepas melakukan angkatan snatch 107kg dan clean & jerk 142kg.

Mohd. Aniq turut berjaya mencatatkan rekod baharu Sukan Komanwel. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya