http://www.utusan.com.my/?s=Michael+Feichtenbeiner

Selangor tak boleh lari dari ‘DNA’ Jerman

Michael Feichtenbeiner
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Michael Feichtenbeiner ‘disingkir’ sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC, namun DNA Jerman tetap meresapi Merah Kuning apabila pengendali kelahiran Jerman itu meneruskan tugas selaku Pengarah Sukan kelab.

Selepas mengadakan per­bincangan, ke­dua-dua pihak bersetuju melepaskan Feich­tenbeiner daripada jawatan Ketua Jurulatih Red Giants.

“Pengurusan tertinggi dan Feichtenbeiner telah mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan jawatan Ketua jurulatih pasukan utama yang telah digalas selama setengah musim.

“Feichtenbeiner akan memberi fokus sepenuhnya kepada projek pembangunan bola sepak Selangor sebagai Pe­ngarah Sukan Selangor FC yang disandang beliau sejak tahun 2020,” kata Selangor FC dalam satu kenya­taan semalam.

Pencarian ketua jurulatih baharu sedang dijalankan dan pengumuman lanjut dibuat sebaik sahaja penelitian dilakukan.

“Tugas tersebut kini digalas pembantu ketua jurulatih, Nidzam Jamil yang akan mengambil alih tanggungjawab mengemudi pasukan utama Selangor sebagai Ke­tua Jurulatih sementara bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) 2022,” menurut ke­nyataan itu.

Projek pemba­ngunan bola sepak Selangor yang di­mulakan Feichtenbeiner sejak 2020 telah melahirkan ramai pemain muda mewakili skuad uta­ma Sela­ngor dan pa­sukan Malaysia.

“Sehingga kini, 19 pemain muda dari Selangor FC II diserap ke pasukan utama seperti Mukhairi Ajmal, Sharul Nazeem, Hein Htet Aung, Alex Agyarkwa dan Quentin Cheng.

“Pada tahun ini juga, 10 pemain muda Selangor dipilih mewakili skuad B-23 (bawah 23) negara dan 13 mewakili skuad B-19 untuk pelbagai kejohanan peringkat Asean serta Asia.

Mukhairi Ajmal Mahadi antara ‘bintang besar’ yang berjaya dilahirkan Selangor. 

“Selangor FC juga antara pasukan termuda (purata umur) dalam Liga M 2022 dan kelab percaya projek pemba­ngunan wajar diteruskan demi kesinambungan masa depan,” menurut Sela­ngor FC.

Pemecatan Feichten­beiner sebagai jurulatih dibuat tiga hari selepas Red Giants gagal ke final Piala FA apabila kalah kepada Terengganu FC.

Aksi Selangor dalam Liga Super juga tidak konsisten dengan menduduki tangga ketujuh hasil lima kekalahan daripada 13 perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.