‘Saya patut bersara dengan 30 Grand Slam’

‘Saya patut bersara dengan 30 Grand Slam’

SERENA WILLIAMS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Serena Williams yang menghitung hari untuk mengumumkan persaraannya daripada tenis percaya, dia sepatutnya menamatkan karier dengan ‘lebih 30 gelaran Grand Slam’.

Williams yang memiliki 23 gelaran Grand Slam, kurang satu daripada rekod Margaret Court mahu memberi peluang ter­akhir kepada dirinya untuk menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

Dia yang genap 41 tahun pada 26 September nanti memberi bayangan akan bersara sejurus tamat kejohanan yang cukup istimewa di hatinya.

Dalam wawancara bersama majalah Vogue, Williams me­ngakui, dia kerap dibayangi kegagalan menyamai rekod Court, perkara yang membuatkan dia sering menangguhkan persaraan.

“Ada orang mengatakan saya bukan G-O-A-T (pemain terhebat) kerana saya tidak melepasi rekod 24 gelaran Grand Slam milik Margaret Court.

“Saya bohong jika saya kata saya tidak mahu rekod itu. Jelas sekali saya mahu, namun hari ke hari, saya semakin tidak memikirkannya.

“Jika saya berada di final Grand Slam, ya, saya memikirkan tentang rekod itu.

“Berdasarkan pengamatan, saya sepatutnya mempu­nyai lebih 30 Grand Slam,” kata ­legenda tenis AS itu.

Menurut Williams, ketika melahirkan Alexis Olympia Ohanian pada 2017, dia pernah menyusukan bayinya semasa bermain di ­final Grand Slam.

Itu membuatkan dia bermain dalam keadaan kemuru­ngan.

“Sekarang, jika saya perlu memilih antara membina ­resume tenis dan membina keluarga, saya pilih yang kedua,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya