Ronaldo meninggalkan padang dengan kemarahan

Ronaldo meninggalkan padang dengan kemarahan

REAKSI Cristiano Ronaldo ketika melihat gawang Manchester United dibolosi Brentford.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo enggan bersalaman dengan pengurus pasukan, Erik ten Hag dan tidak membalas tepukan penyokong ketika meninggalkan padang dalam keadaan marah selepas Manchester United dibedil 4-0 oleh Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Selepas dimasukkan dari bangku simpanan ketika United dimalukan 1-2 oleh Brighton pada aksi pembukaan liga di Old Trafford minggu lalu, kapten Portugal itu akhirnya disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan di London.

Begitupun, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh penyerang berusia 37 tahun itu untuk menyelamatkan pasukannya, dan berang dengan situasi tersebut dia tidak mengendahkan Ten Hag mahu pun penolong jurulatih, Steve McClaren ketika meninggalkan padang di Stadium Komuniti Brentford.

CRISTIANO Ronaldo jelas kecewa selepas Manchester United dibolosi oleh Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris di London. – AFP

Gawang United dibolosi empat kali dalam tempoh 35 minit, dua jaringan berpunca daripada kesilapan penjaga gol, David de Gea.

Biarpun United memperkemaskan permainan pada separuh masa kedua, namun tiada jaringan berjaya dihasilkan dan keputusan 4-0 kekal hingga tamat permainan.

Kekalahan itu, yang meletakkan United di tangga tercorot liga dijangka menguatkan lagi permintaan Ronaldo untuk meninggalkan Red Devils sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya