Ronaldo mahu beli kelab golf dengan niat untuk dirobohkan

Ronaldo mahu beli kelab golf dengan niat untuk dirobohkan

CRISTIANO Ronaldo mahu membeli kelab golf yang terletak bersebelahan dengan kawasan kediamannya di Portugal untuk dirobohkan. – IHSAN THE SUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo mahu membeli sebuah kelab golf yang terletak di sebelah rumahnya, dan kemudian merobohkan kelab tersebut kerana mero­sakkan pemandangan.

Dalam masa sama, kapten Portugal itu sedia menawarkan lokasi pemindahan baharu ­untuk keseluruhan bangunan kelab golf berkenaan, termasuk kawasan meletak kenderaan.

Penyerang berusia 37 tahun itu mahu memastikan keluarga­nya mendapat perlin­dungan privasi apabila dia dan pasa­ngan, Georgina Rodriguez berpindah ke situ bersama lima anak mereka.

Sumber rapat memaklumkan Ronaldo telah memilih rekaan moden untuk rumah idamannya itu, dilengkapi dengan garaj yang mempunyai lif bagi ­memuatkan 30 buah kereta mewah.

Rumah itu juga akan mempunyai pemandangan laut yang cantik serta dua kolam renang, dan beberapa bilik seperti pawagam mini, pejabat dan spa.

Selain itu, Ronaldo juga bersedia membeli sebuah kuari di Itali untuk memastikan batu marmar yang digunakan di rumahnya adalah eksklusif.

Dianggarkan kos hartanah milik Ronaldo di Quinta da Marinha, berdekatan dengan Portuguese Riviera iaitu di ­bahagian barat pesisir pantai Lisbon meningkat daripada 10 juta pound (RM53 juta) kepada 17 juta pound (RM 90 juta).

Jumlah tersebut dijangka ­terus meningkat apabila ­Ronaldo turut mendapatkan khidmat arkitek ternama, Vitor Vitorino untuk mereka kediaman seluas 12,000 per segi yang dijangka siap awal tahun hadapan.

Pihak Ronaldo sedia mengeluarkan kos yang banyak untuk mengalihkan kelab golf tersebut, namun pemiliknya, Miguel Champalimaud belum memberikan kata putus biarpun rundingan sudah pun dilakukan antara kedua belah pihak.

Ronaldo dan keluarganya ketika ini tinggal di Manchester. ­– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.