Ronaldo, Maguire paling banyak kena kecam

Ronaldo, Maguire paling banyak kena kecam

CRISTIANO Ronaldo (kanan) dan Harry Maguire menjadi sasaran kecaman peminat di Twitter.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Dua bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire menjadi pemain paling banyak dikecam di Twitter, berbanding mana-mana pemain Liga Perdana Inggeris lain, menurut satu laporan.

Analisis Ofcom terhadap 2.3 juta ‘tweet’ pada separuh pertama musim lalu mendapati, hampir 60,000 siaran kesat dibuat ke atas tujuh daripada 10 pemain teratas.
Separuh daripada kecaman itu ditujukan hanya kepada 12 individu dengan lapan daripadanya pemain Red Devils.

Bagaimanapun, kajian oleh Institut Alan Turing juga mendapati sebahagian besar peminat menggunakan media sosial secara bertanggungjawab.

Jabatan Komunikasi United Kingdom telah menubuhkan jawatankuasa untuk menyelidik dan dijalankan di Institut Alan Turing bagi menganalisis ciapan yang dihantar dalam tempoh lima bulan pertama musim bola sepak 2021-2022.

Hasil analisis menunjukkan 60,000 daripada 2.3 juta ciapan berbaur kecaman telah dihantar pada awal musim.

Ia merangkumi ciapan berunsur ugutan, penghinaan, ejekan, mempersendakan dan makian mengandungi penggunaan kata-kata negatif serta emoji marah.

Setiap hari, dianggarkan lebih 300 ciapan ditujukan kepada pemain Liga Perdana.

“Hasil kajian menunjukkan sisi gelap permainan yang dianggap indah di dunia ini.

“Serangan atas talian tidak mempunyai tempat dalam sukan atau masyarakat dan untuk menanganinya memerlukan usaha jitu,” jelas Pengarah Penyiaran dan Kandungan Atas Talian Jabatan Komunikasi United Kingdom, Kevin Bakhurst.

Antara ciapan yang menjadi tumpuan adalah ketika Ronaldo kembali menyertai Manchester pada Ogos 2021 yang mencatat 3,961 kecaman.

Ia disusuli permohonan maaf Harry Maguire selepas United tewas 2-0 kepada Manchester City pada 7 November yang menerima 2,903 kecaman.

Pemain seperti James MacArthur (Crystal Palace) dan Ciaran Clark (Newcastle) turut menerima banyak kecaman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya