Penyu rombak pasukan jumpa Harimau Selatan

Penyu rombak pasukan jumpa Harimau Selatan

PEMAIN Terengganu FC menjalani latihan akhir semalam dalam persiapan menyambut JDT di laman sendiri malam ini. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC akan melakukan rombakan pemain menjelang pertemuan getir menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri malam ini.

Pengendalinya, Mohd. Nafuzi Zain berkata, mereka dihimpit isu kecederaan dan kecergasan selepas mengharungi 120 minit permainan ketika menyingki­rkan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti pada separuh akhir Piala FA, Sabtu lalu.

“Selain isu kecederaan dan kecergasan, beberapa pemain juga masih demam. Ramai pemain tonggak mungkin ti­dak sempat sembuh untuk bertemu JDT nanti.

“Kita tahu JDT adalah lawan yang sukar namun jika ada kemahuan atau usaha lebih 100 peratus daripada pemain, tidak mustahil TFC boleh menang perlawanan ini.

“Rekod Terengganu di tempat sendiri juga agak baik tanpa kekalahan dalam 10 perlawanan. Jadi kalau boleh kami tidak mahu rekod itu lebur di tangan JDT,” katanya yang bagaimanapun tidak mendedahkan pemain yang bermasalah.

Mengulas lanjut, Nafuzi berkata, kualiti JDT tidak boleh disangkal meskipun bertukar tangan di bawah kendalian Hector Bidoglio dengan pres­tasi pasukan itu masih pada tahap terbaik.

Jelasnya, TFC juga perlu kembali memberi perhatian dalam misi membaiki kedudukan liga dan tidak dibuai mimpi dengan kejayaan melangkah ke perlawanan akhir Piala FA.

“Walaupun keputusan di tempat lawan kurang baik, ­prestasi kami tetap konsisten dan TFC masih berpeluang untuk naik ke kelompok atasan jika menang baki perlawanan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya