fbpx

Pemain badminton terima durian runtuh RM245,000 

PEMAIN Malaysia menerima imbuhan daripada Mohamad Norza Zakaria hasil kejayaan meraih pingat di Sukan Komanwel.

PETALING JAYA: Tidak sampai seminggu menjejakkan kaki ke tanah air dari Sukan Komanwel Birmingham, skuad badminton negara mendapat durian runtuh dari badan induk, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila memberikan insentif buat pemain yang berjaya membawa pulang pingat dari temasya itu.

Ganjaran paling tinggi diberikan kepada skuad berpasukan campuran negara yang berjaya merampas pingat emas dari India diberikan imbuhan sebanyak RM140,000, diikuti beregu wanita, Pearly Tan M.Thinaah yang berjaya memenangi pingat emas diberikan ganjaran RM 50,000.

Perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang tampil aksi membanggakan pula RM 10,000, sementara beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, serta beregu campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing mendapat imbuhan sebanyak RM 7,500.

Turut sama mendapat bonus merupakan beregu campuran, Cheng Tang Jie dan Peck Yen Wei mendapat RM 30,000 bagi kejayaan menamatkan 23 tahun pingat emas di Sukan SEA Hanoi Mei lalu.

Imbuhan disampaikan oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria hari ini.

Buat Kiang Meng dan Pei Jing, insentif sebagai bukan sahaja meningkatkan lagi motivasi mereka sebagai pemain, namun ia turut mengurangkan beban perbelanjaan mereka sebagai pemain profesional, terutamanya kos untuk beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo yang bermula 21 Ogos depan.

“Saya memang tidak menyangka kerana sebelum berlepas ke Birmingham, memang tiada sebarang pengumuman insentif daripada pihak BAM, tetapi bila diberitahu, ia memang satu perkara yang menggembirakan.

“Wang ganjaran ini kami akan gunakan sebaik mungkin untuk tampung perbelanjaan kami di Tokyo nanti,” jelas Kiang Meng selepas sesi penyampaian insentif yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara semalam. – UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!