Nidzam kena pastikan emosi pemain Selangor OK

Nidzam kena pastikan emosi pemain Selangor OK

MENGGALAS tugas pemangku jurulatih Selangor FC adalah tugas yang cukup berat untuk digalas Mohd. Nidzam Jamil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pada ketika ­prestasi Selangor terumbang ambing hingga membawa kepada pelucutan jawatan ketua jurulatih, Michael Feichteinbeiner, Mohd. Nidzam Jamil mengakui, mengambil tugas pemangku jurulatih adalah cabaran yang amat getir.

Beliau harus memberi perhatian kepada mental pemain dalam situa­si jurulatih bertukar tangan di pertengahan musim.

Bekas pengendali Felda United itu tidak akan mensia-siakan kepercayaan pengurusan Selangor FC dan cuba membawa Red ­Giants meraih keputusan terbaik.

Katanya, keutamaan ketika ini adalah mendapatkan kepercayaan barisan pemain kerana sedar bukan mudah berdepan dengan situasi seperti ini.

PEMAIN Selangor menjalani latihan untuk menghadapi Terengganu FC minggu depan.

“Apabila kelab memilih saya untuk menyambung tugas, saya berlapang dada sebab ini ­Selangor dan mesti tiada apa yang lebih baik daripada hanya memikirkan kelab ini.

“Saya percaya daripada sudut emosi sekarang adalah sangat penting dan saya suka dengan kepercayaan yang diberi pemain dengan situasi sekarang.

“Kami dekat sini percaya antara satu sama lain dengan proses yang sedang berlaku sebab bertukar jurulatih bukan senang dan bukan senang untuk saya juga sebab Michael (Feichteinbeiner) adalah bos saya.

“Kita dalam satu kapal besar kena teruskan pelayaran ini sampai ke destinasi dan lihat sama ada berjaya atau tidak, dan kami lakukan ini untuk penyokong, sepenuhnya untuk penyokong Selangor,” katanya.

Tugas pertama Nidzam adalah menentang pasukan yang me­nyingkirkan Selangor pada separuh akhir Piala FA iaitu Terengganu FC dalam aksi Liga Super di Petaling Jaya, Rabu depan.

“Saya tidak mahu cakap misi nak balas dendam ke apa tetapi kita ada beberapa hari lagi untuk berlatih jadi kita tengok macam mana hasilnya.

“Cuma saja saya nak kongsi situasi kelakar untuk saya sebab kebetulan perlawanan pertama Nafuzi (Zain, jurulatih Terengganu) sebagai jurulatih interim adalah menentang saya ketika di Felda United.

“Sekarang saya pula jurulatih interim akan lawan beliau, tetapi Nafuzi kawan baik saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya