Melaka dapat sentuhan empat tonggak kebangsaan

Melaka dapat sentuhan empat tonggak kebangsaan

BARISAN pemain Melaka yang akan memikul cabaran dalam acara regu dan double di Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Empat pemain kebangsaan serta dua pemain import dari Thailand memperkuatkan skuad sepak takraw Melaka bagi menghadapi Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 yang berlangsung di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit bermula esok.

Yang Dipertua Persatuan Sepak Takraw Melaka (Pastam), Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, mereka yang menggalas tugas ialah tekong, Mohammad Syahir Mohd. Rosdi; dua apit kanan, Mohamad Azlan Alias dan Mohd. Khairol Zaman Hamir Akbar serta apit kiri, Mohd. Muqlis Borhan.

Menurutnya, dua pemain import dari negara gajah putih yang bertindak selaku apit kanan ialah Loesak Kuram dan Theeranan Seesawang yang akan memperkuatkan Melaka untuk kategori double dan regu.

“Barisan pemain Melaka kali ini paling ampuh dengan kehadiran empat pemain kebangsaan dan dua pemain Thailand untuk kita selaku tuan rumah menjulang kejuaraan Piala Tun Ali menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 selaku juara.

“Pasukan ini juga akan menjadi pertaruhan Melaka dalam Kejohanan Piala Emas Khir Johari dan Liga Sepak Takraw (STL) nanti,” katanya pada sesi pengenalan pemain di Hotel Lacrista, Jalan Hang Tuah di sini hari ini.

Sebanyak 17 pasukan bakal bersaing disertai ahli gabungan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan sebuah pasukan dari Singapura.

Akramuddin berkata, bagi acara regu Mohamad Syahir akan bergandingan dengan Mohd. Khairol Zaman, Theeranan (apit kanan), Mohd. Muqlis dan Sahidan Md. Ali.

Bagi acara double pula katanya, Mohamad Azlan yang pernah beraksi untuk Kuala Lumpur dalam Kejuaraan STL akan bergandingan dengan Loesak dan Muhammad Faizulhairy Osman.

Menurutnya, Melaka diletakkan dalam Kumpulan B bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah dan Kedah manakala dalam acara double pula berada bersama Perak, Sabah dan Kelantan dalam Kumpulan A. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya