Masa depan Ronaldo terus jadi tanda tanya

Masa depan Ronaldo terus jadi tanda tanya

CRISTIANO Ronaldo (kanan) mengangkat bahu ketika Erik Ten Hag membentangkan rancangan taktikalnya kepada skuad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo akhirnya kembali ke pangkuan Manchester United apabila beraksi dalam aksi persahabatan menentang Rayo Vallecano semalam.

Begitupun, bintang Portugal itu terus mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya bersama United apabila dilihat meninggalkan Old Trafford sebelum perlawanan berakhir.

Ronaldo, 37, hanya bermain selama 45 minit dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1, dan dia satu-satunya pemain yang digantikan pengendali pasukan, Erik ten Hag selepas tamat babak pertama.

CRISTIANO Ronaldo meninggalkan Old Trafford ketika perlawanan masih berlangsung.

Ronaldo digantikan dengan Amad Diallo yang menjaringkan gol hanya tiga minit selepas babak kedua bersambung.

Pihak pengurusan United tidak mengeluarkan sebarang kenyataan biarpun diasak dengan pertanyaan apakah tindakan Ronaldo meninggalkan Old Trafford ketika perlawanan masing berlangsung mendapat kebenaran pengurusnya atau tidak.

Biarpun menerima sambutan hangat daripada penyokong, namun dia kelihatan tidak gembira ketika menuju ke keretanya, 10 minit sebelum tamat permainan.

 

Ini adalah perlawanan pramusim pertama Ronaldo selepas mengambil cuti panjang ketika dia cuba memaksa kelab melepaskannya.

Dia juga dilihat mengangkat bahu kepada bos Ten Hag semasa rehat ketika pengurus Belanda itu membentangkan rancangan taktikalnya kepada skuad.

Ronaldo sebelum itu mendedahkan dia sudah mendapat pasukan baharu yang membolehkannya beraksi dalam Liga JuaraJuara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya