Manchester City, Chelsea berentap di pusingan ketiga Piala Liga

Manchester City, Chelsea berentap di pusingan ketiga Piala Liga

MANCHESTER City akan berdepan Chelsea di pusingan ketiga Piala Liga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City dan Chelsea bakal berentap sesama sendiri dalam pertembungan terbesar pusingan ketiga Piala Liga.

Juara Liga Perdana Inggeris, City menang empat daripada lima penampilan terakhir Piala Liga, manakala Chelsea merupakan naib juara musim lalu.

Sementara itu, kelab Liga Perdana, Newcastle United dan Leeds United mengatasi lawan dari liga bawahan untuk mengesahkan tiket ke pusingan ketiga Piala Liga pagi tadi.

Pusingan ketiga akan menemukan Newcastle dengan Crystal Palace, manakala Leeds bakal bertandang ke Wolverhampton.

Dalam aksi awal pagi tadi, Newcastle bangkit daripada ketinggalan satu gol ketika menewaskan pasukan divisyen empat (Liga Dua), Tranmere Rovers 2-1.

Tuan rumah membuka jaringan menerusi Elliott Nevitt pada minit ke-24, namun Jamaal Lascelles menyamakan kedudukan 1-1 dan Chris Wood memastikan kemenangan Newcastle pada minit ke-52.

Leeds juga berdepan kesukaran sebelum menang 3-1 mengatasi jirannya di Yorkshire, Barnsley.

Satu lagi kelab Liga Perdana, Brighton menang 3-0 mengatasi lawan dari Liga Satu, Forest Green Rovers untuk berdepan Arsenal pada pusingan ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN