Malaysia tuan rumah Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022

Malaysia tuan rumah Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022

JOHN Mohd. Abdul Rahmi (tengah) bersama sebahagian peserta yang akan bersaing dalam Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 pada sidang akhbar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan menerima kehadiran 3,500 delegasi atlet serta pegawai apabila menjadi tuan rumah Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 yang  bermula hari ini sehingga 20 Ogos.

Setiausaha Agung Persatuan Muay Thai Malaysia, Dr. John Mohd. Abdul Rahim jelaskan kejohanan itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid dengan mempertandingkan 200 kategori membabitkan penyertaan peserta berumur 8 hingga 17 tahun.

Remaja Dunia IFMA dianggap medan untuk atlet remaja negara mengembangkan bakat bersaing dengan pencabar di peringkat tertinggi.

“Lebih 110 negara akan berkampung di Sunway Pyramid untuk menyertai kejohanan ini. Pastinya ia satu perkembangan baik untuk industri sukan di Malaysia sendiri selepas dua tahun tidak dapat menganjurkan kejohanan antarabangsa.

“Pada saingan itu nanti, Malaysia akan menyertai semua acara bermula kategori 8 tahun hingga 17 tahun tahun. Senarai akhir penyertaan negara-negara yang terlibat akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Bagi saya kejohanan ini adalah peluang terbaik bagi atlet remaja negara menimba pengalaman beraksi bersama jaguh-jaguh terbaik dunia,” jelas John.

Selain itu, saingan ini juga turut mengadakan secara serentak Kejohanan Grand Slam Dunia yang akan membabitkan penyertaan barisan atlet elit antarabangsa daripada 200 kelab terkemuka dunia.

“Kejohanan ini akan bertambah menarik kerana terdapat jaguh-jaguh dunia menyertai Grand Slam. Jadi saya yakin kelab-kelab muay thai terbaik dunia akan menghantar jaguh terbaik mereka.

“Sebenarnya kejohanan ini mampu mengumpulkan lebih banyak penyertaan tetapi atas faktor logistik yang menyaksikan harga tiket penerbangan semakin meningkat naik. Tetapi kita sasarkan kejohanan ini mampu beri keuntungan RM50 juta kepada negara,” tambah John. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya