Malaysia rampas kembali emas badminton berpasukan

Malaysia rampas kembali emas badminton berpasukan

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas berpasukan Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, awal pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia merampas kembali pingat emas berpasukan campuran Sukan Komanwel selepas menumpaskan juara bertahan, India 3-1 dalam aksi mendebarkan di Arena Birmingham, sebentar tadi.

Pearly Tan mengetepikan sakit di buku lali untuk menghadiahkan mata kemenangan negara bersama M. Thinaah selepas menumpaskan Treesa Jolly-Gayatri Puella 21-18, 21-17 dalam saingan beregu wanita.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terdahulu membantu Malaysia bermula langkah kanan dengan mengutip mata pertama selepas menumpaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18, 21-15 dalam beregu lelaki.

Biarpun India berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas bekas juara dunia, P.V Sindhu menundukkan Goh Jin Wei 22-20, 21-17 dalam perseorangan wanita, namun kejutan yang dilakukan Ng Tze Yong menjadi titik kemenangan skuad negara.

Tanpa kehadiran Lee Zii Jia, Tze Yong menggalas tugas perseorangan lelaki dengan amat baik apabila mengejutkan bekas pemain No. 1 dunia, Kidambi Srikanth 21-19, 6-21, 21-16.

Ini adalah pingat emas berpasukan campuran keempat buat Malaysia dalam Sukan Komanwel selepas menang pada 2006, 2010 dan 2014.

Ia juga emas ketiga buat kontinjen negara di Birmingham selepas angkat berat terdahulu menyumbang dua pingat emas.

Badminton yang menurunkan sasaran daripada dua kepada satu emas sebelum berlepas ke England kini di landasan sempurna untuk membawa pulang lebih daripada sebutir emas.

Berpasukan campuran bukanlah acara yang disasarkan badminton negara yang sebelum ini meletakkan harapan kepada saingan beregu lelaki atau campuran untuk pulang bersama emas. – UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.