LeBron pemain termahal NBA

LeBron pemain termahal NBA

LEBRON JAMES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang bola keranjang sensasi, LeBron James bersetuju melanjutkan kontrak dua tahun bersama Los Angeles (LA) Lakers bernilai AS$97.1 juta (RM433.9 juta) dengan pilihan meneruskannya pada tahun ketiga.

Lanjutan kontrak itu menyaksikan ­LeBron akan menikmati gaji keseluruhan berjumlah AS$532 juta (RM2.4 billion), sekali gus menjadi penerima gaji paling tinggi dalam sejarah Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA), me­ngatasi bintang Brooklyn Nets, Kevin Durant.

Perjanjian sehingga musim 2024-2025 itu turut menutup spekulasi pemain berusia 37 tahun tersebut akan bergerak secara bebas musim depan.

LeBron yang juga juara NBA empat kali dan pernah dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) berpeluang beraksi bersama anaknya, Bronnie yang kini berusia 17 tahun dan sedang mencuba nasib menjadi rookie di NBA.

LeBron terlepas aksi playoff 2022 selepas pasukannya mengalami kempen buruk dalam liga biarpun dia bermain seba­nyak 56 perlawanan, melakar ­purata 30.3 mata, 8.2 rebound serta 6.2 bantuan jaringan.

Selain pernah menjulang kejuaraan bersama LA Lakers, LeBron sebelum ini turut memenangi gelaran NBA bersama ­Miami Heat sebanyak dua kali pada 2012 serta 2013, dan Cleveland Cavaliers pada 2016. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.