Langkah dua beregu campuran tersekat di suku akhir

Langkah dua beregu campuran tersekat di suku akhir

GOH SOON HUAT-SHEVON LAI (UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian untuk menyaksikan dua beregu campuran negara melangkah ke separuh akhir Kejohanan Dunia tidak kesampaian selepas tewas kepada lawan masing masing sebentar tadi.

Gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai mempersiakan peluang biarpun mendahului selesa di set pertama sebelum tewas kepada pasangan tuan rumah, Yuta Watanabe -Arisa Higashino 17-21, 13-21.

Ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut buat No. 14 dunia itu kepada beregu ranking ketiga dunia, Watanabe-Higashino selepas tumpas pada Terbuka Thailand, Mei lalu dan All England 2019.

Nasib sama turut menimpa Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing yang akur tunduk dengan kehebatan pasangan No. 2 dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 9-21, 9-21.

Kekalahan terbaru Kian Meng-Pei Jing yang turun sebagai pilihan kelapan kejohanan bermakna mereka gagal mengalahkan juara dunia dua kali, Si Wei-Ya Qiong dalam semua tujuh pertemuan mereka.

Ini bermakna Malaysia kini bergantung harap kepada gandingan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menjadi wakil tunggal negara di separuh akhir esok.

Aaron-Wooi Yik bakal menentang pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya