Klopp mula tidak senang duduk

Klopp mula tidak senang duduk

PENJAGA gol Liverpool, Alisson (kanan) menepis percubaan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyuarakan kebimbangan pasukannya belum melakar sebarang kemenangan musim ini, dan lebih perit tewas 2-1 kepada seteru, Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

Reds pada awalnya hadir ke Old Trafford sebagai pasukan pilihan kerana United me­ngalami dua kekalahan kepada Brighton dan Brentford dalam perlawanan pembukaan.

Liverpool yang bergelut de­ngan kecederaan dan penggantungan pemain kini terdesak untuk melakukan beberapa pembelian sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September ini.

MOHAMED Salah cuba melepasi kawalan pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez. – AFP

Klopp mengakui bimbang dengan situasi semasa Reds, khususnya semangat juang yang kian luntur dalam kala­ngan pemain, namun pada masa sama merasakan pasukan sepatutnya meraih kemena­ngan di Old Trafford semalam.

“Kami dalam keadaan rumit kerana perlu mengharungi perlawanan dengan 14 atau 15 pemain senior. Kami perlu memastikan mereka tidak cedera.

“Kami sepatutnya memenangi perlawanan ini, saya tahu ia kedengaran tidak ma­suk akal tetapi itu yang saya rasakan.

JURGEN Klopp memberi penghormatan kepada penyokong Liverpool yang hadir ke Old Trafford semalam untuk menonton pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United. – AFP

“Saya amat bimbang dengan situasi kami ketika ini. Selepas ini kami perlu menghadapi Bournemouth dan Newcastle,” kata Klopp.

Klopp turut menafikan keharmonian pa­sukannya kini terjejas selepas James Milner dan Virgil van Dijk dilihat bergaduh dalam perlawanan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN