KL City jumpa PSM Makassar di pentas final Piala AFF 2022

KL City jumpa PSM Makassar di pentas final Piala AFC 2022

KETUA pasukan KL City FC, Paulo Josue (kanan) cuba melakukan asakan dalam pertemuan dengan Viettel FC sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur City FC mara ke pentas akhir final Piala AFC 2022 Zon Asia Tenggara selepas menewaskan Viettel FC 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City sebentar tadi.

Kejayaan diraih anak didik Bojan Hodak ini memastikan pertembungan dipentas final menentang kelab dari Indonesia, PSM Makassar yang menewaskan Kedah Darul Aman FC, 2-0.

Beraksi di tempat lawan, The City Boys dilihat tertekan pada 15 minit separuh masa pertama dengan tuan rumah mempamerkan corak permainan tersusun.

Tidak banyak serangan dijelmakan kelab dari Vietnam tersebut begitu juga KL City yang menyaksikan kedua-dua pasukan beredar masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan seri tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Viettel FC memiliki beberapa peluang menjaringkan gol menerusi Nguyen Man Dunh dan Nguyen Xuan Kien namun Muhammad Azri Abdul Ghani bertindak cemerlang mengawal gol dari dibolosi.

Tandukan cantik Romel Morales pada minit ke-75 yang mendapat hantaran ketua pasukan Paulo Josue hampir meletakkan pelawat didepan namun Tran Nguyen Manh melayangkan badan menepis percubaan tersebut.

Keputusan terikat tanpa jaringan itu memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan dengan Viettel terus mengasak memburu gol menerusi beberapa percubaan namun masih gagal menewaskan Azri.

Tambahan 30 minit yang diberikan juga masih belum mampu untuk mencari pemenang yang akhirnya ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Azri Ghani muncul wira buat KL City selepas berjaya menafikan sepakan ketujuh pemain Viettel FC, Duy Thuong Bui sekali gus membawa pasukannya ke final.-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.