Kecoh di Kota Bharu: Perak FC, penyokong buat laporan polis

Kecoh di Kota Bharu: Perak FC, penyokong buat laporan polis

KEADAAN cerming tingkap bas yang membawa pasukan Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC akan membuat laporan kepada Liga bola sepak Malaysia (MFL) mengenai kekecohan yang dicetuskan penyokong Kelantan FC selepas tamat aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, petang tadi.

Kekecohan berlaku selepas tuan rumah tumpas 1-2 kepada Bos Gaurus dalam perlawanan Liga Perdana.

Seorang pegawai Perak FC yang enggan namanya didedahkan kecewa dengan keganasan itu hingga menyebabkan bas pemain dan penyokong Perak rosak.

“Cermin dan tingkap bas dirosakkan, manakala keselamatan penyokong dan pemain terancam.

“Penyokong Perak telah diarah masuk ke dalam padang bagi mengelak terkena objek yang dilontar dari luar stadium, manakala pemain tidak dibenarkan keluar dari bilik persalinan kira-kira dua jam,” katanya.

Menurutnya, Perak FC dan rombongan penyokong kemudian membuat laporan di ibu pejabat Polis (IPK) Kota Bharu.

“Kita akan maklum tentang insiden ini kepada FAM walaupun tiada sesiapa yang mengalami kecederaan.

“Saya rasa kurang kawalan keselamatan juga adalah faktor berlaku rusuhan itu, ” katanya.

Katanya perlawanan juga berlangsung dalam suasana tegang apabila berlaku insiden-insiden kekasaran tetapi mujur tidak menjadi pergaduhan besar.

Apa pun beliau bersyukur dengan kejayaan pasukan Kejor Yob Kejor mengutip mata penuh dalam kunjungan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya